PARA peserta pertandingan melukis OG EduWorld bergambar kenangan di MDMT Ballroom, pusat beli-belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur baru-baru ini.

OG EduWorld himpun 500 murid sekolah sertai acara melukis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEBIH 500 murid sekolah dari 10 negeri telah mengambil bahagian dalam pertandingan melukis kanak-kanak anjuran akademi pendidikan korporat dan latihan, OG EduWorld.

Pertandingan berskala besar tersebut tela diadakan di MDMT Ballroom, pusat beli-belah, Datum Jelatek, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara santai tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan para peserta layak menerima markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pengasas OG EduWorld, Datuk Wira Calvin Khiu berkata, dia berbangga dengan penerimaan positif peserta dan perjalanan acara secara keseluruhan.

Menurutnya, bermula daripada proses pendaftaran, pengambilan pas peserta, memasuki zon yang ditetapkan untuk berkarya hingga ke sesi pembentangan hasil seni, setiap langkah memaparkan kesungguhan dan minat mendalam kanak-kanak terhadap dunia seni.

“Ada yang tekun mencampur warna, ada yang bebas meluahkan imaginasi, manakala kehadiran ibu bapa dan pasukan sukarelawan pula memberi sokongan di sisi, menjadikan suasana pertandingan lancar dan teratur.

“Saya amat gembira melihat acara ini dapat direalisasikan dengan nyata.Harapan saya, acara santai seperti ini dapat diteruskan saban tahun.

“Acara ini bukan sekadar satu pertandingan, malah menjadi pentas untuk anak-anak menunjukkan bakat mereka, sekali gus dihargai,” katanya ketika berucap selepas merasmikan pertandingan itu.

Jelasnya, menerusi pertandingan itu juga, kecemerlangan tidak hadir dalam satu bentuk sahaja.

“Saya sering memberitahu para guru bahawa setiap kelas mempunyai murid yang cemerlang. Namun begitu, kecermelangan tidak datang dalam satu bentuk atau cara sahaja.

CALVIN ketika berucap pada majlis perasmian pertandingan melukis dan mewarna anjuran OG EduWorld.

“Ada yang cemerlang dalam sukan, ada berbakat dalam seni dan ada bagus dalam akademik.

“Sebagai pendidik, tugas kita adalah mengenal pasti kekuatan unik yang ada dalam setiap murid dan membantu mereka mengembangkan potensi itu,” katanya.

Pada kesempatan sama, Calvin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan merealisasikan acara mega itu.

“Pertandingan ini lengkap dan berjalan lancar kerana sokongan anda semua pihak.

“Pentas untuk anak-anak bukan dibina oleh seorang sahaja, tetapi mereka yang percaya dan bergerak bersama dalam satu kumpulan,” ujarnya.

Kejayaan program itu juga mustahil dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi pelbagai pihak termasuk barisan penaja.

Antaranya Miro Art Studio, Nanyang Siang Pau, Program 3 Cinta, Persatuan Peniaga-Peniaga E-Perdagangan Malaysia serta OE EduGroup.

Tambahya, OG EduWorld merancang untuk membangunkan pertandingan sedemikian sebagai acara ‘flagship’ tahunan.

Selain itu, pihaknya juga ingin meneroka penganjuran pameran merentas negeri, platform seni dan kerjasama pendidikan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, pengasas Urban Hygienist, Datuk Dr. Esther Lim menyifatkan pertandingan pada tahun ini cukup istimewa, sekali gus menambahkan nilai pendidikan kesihatan kepada acara tersebut.

Jelasnya, Urban Hygienist memberi tumpuan kepada pembersihan rumah secara mendalam, pengurusan kualiti udara dan rawatan alergi dengan falsafah bahawa persekitaran tempat tinggal berkait rapat dengan tumbesaran kanak-kanak.

“Penyertaan kami dalam pertandingan kali ini bertujuan memupuk konsep pendidikan keluarga yang menyeimbangkan inspirasi seni dan kesihatan persekitaran.

“Hal ini agar kanak-kanak bukan sahaja dapat mengekspresikan diri melalui pertandingan, malah membesar dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya.

Menerusi acara dipertandingkan, hadiah diberikan kepada mereka yang meraih johan, naib johan, tempat ketiga, keempat, kelima, 10 anugerah cemerlang dan 50 anugerah kepujian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN