fbpx
Kemalangan maut melibatkan Mohd. Kusairi (gambar kecil) di Lebuh Raya NKVE, malam tadi. Foto PDRM

Editor video Astro Awani maut, motosikal terbabas di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang editor video Astro Awani maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 457.1 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) hala selatan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.49 malam.

Siasatan awal mendapati nahas berlaku pada pukul 10.05 malam ketika mangsa, Mohd. Kusairi Ishak, 52, menunggang motosikal jenis Ducati dari Tapah untuk pulang ke kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan.

“Akibatnya, mangsa terjatuh dan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya dan bedah siasat dijalankan pada pukul 9 pagi hari ini.

Motosikal mangsa mengalami pelbagai kerosakan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi tujuan pemeriksaan lanjut termasuk ujian kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN