fbpx
MARSH (gambar kecil) meludah daun ketika berehat di South Parade. - Foto Google/PA

Daun masuk mulut punca warga emas didenda RM1,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang pesara berusia 86 tahun didenda £250 (RM1,400) kerana meluah sehelai daun yang ditiup angin ke dalam mulutnya ketika dia sedang berehat di sebuah bandar pantai di Lincolnshire, Britain, lapor laman berita GB News semalam.

Roy Marsh, sedang berehat di tempat letak kereta South Parade, Skegness Februari lalu apabila insiden itu berlaku.

Lelaki warga emas itu berjaya mencabar denda tersebut dalam rayuan, namun pihak berkuasa tempatan masih mengenakan bayaran £150 (RM820) yang kemudian dibayarnya.

Marsh menceritakan kejadian itu kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC) dengan berkata: “Sewaktu saya duduk di situ, tiupan angin kuat menyebabkan sehelai daun besar masuk ke dalam mulut.”

“Saya ‘memuntahkannya’ dan sebaik sahaja bangun untuk beredar, dua orang lelaki datang kepada saya,” tambahnya.

Pegawai penguat kuasa memaklumkan kepada pesara itu bahawa mereka telah melihatnya meludah.

“Semuanya tidak perlu (denda) dan terlalu berlebihan,” tambah Marsh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN