fbpx
WOLVES masih gagal mengutip sebarang kemenangan daripada 15 perlawanan EPL setakat ini. - AFP

Wolves idam kejutkan Arsenal di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Wolverhampton Wanderers turun ke Stadium Emirates awal pagi esok dengan misi mustahil, namun sejarah membuktikan mereka bukan lawan yang boleh dipandang rendah ketika menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Wolves berada di kedudukan tercorot dengan hanya dua mata selepas 15 perlawanan, sekali gus meletakkan skuad kendalian Rob Edwards di landasan untuk mencatat musim paling buruk dalam sejarah EPL.

Situasi bertambah parah apabila mereka tewas lapan perlawanan berturut-turut, termasuk kekalahan 1-3 kepada Manchester United minggu lalu meskipun sempat mencetuskan harapan apabila Jean-Ricner Bellegarde menyamakan kedudukan.

Namun, Edwards percaya perlawanan menentang Arsenal bukan medan untuk mengangkat bendera putih, sebaliknya peluang menunjukkan bahawa Wolves masih memiliki maruah sebagai pasukan bersejarah.

“Kami sedar kedudukan kami, tetapi kami bukan datang ke London untuk menyerah. Pemain tahu mereka perlu bertarung untuk lencana di dada,” tegas Edwards.

Arsenal pula turun dengan motivasi mahu bangkit selepas kekalahan dramatik kepada Aston Villa, tetapi rekod mereka di Emirates kekal kukuh dengan empat kemenangan berturut-turut dalam aksi liga.

Bagaimanapun, Edwards mengingatkan Wolves pernah menggigit pendahulu liga sebelum ini, termasuk dua kemenangan ke atas Manchester United pada 2004 dan 2011 ketika mereka juga menghuni tangga tercorot.

Meskipun Arsenal memiliki kelebihan serangan dan rekod jaringan konsisten dalam 35 pertemuan terakhir menentang Wolves, Edwards mahu anak buahnya memberi tentangan sehingga wisel penamat.

“Kami harus lebih agresif dan tidak tunduk walau sesaat. Lawan mungkin lebih kuat, tetapi semangat kami tidak boleh kalah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI