fbpx
Mohamad bersama Johari dalam pertemuan mereka di Pejabat Speaker di Parlimen hari ini.

Mohamad mengadap Speaker, bincang RUU baharu KPKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu bertemu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul hari ini bagi membincangkan beberapa urusan perundangan penting menjelang sesi Parlimen 2026.

Dalam pertemuan itu, Mohamad membentangkan taklimat ringkas mengenai rang undang-undang baharu (RUU) dan pindaan beberapa akta di bawah KPKM yang sedang disiapkan.

“Turut dibincangkan adalah keperluan menyelaras proses Parlimen supaya semua urusan pembentangan berjalan lancar dan memenuhi keperluan semasa sektor pertanian,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Johari dalam memastikan proses perundangan negara berada pada tahap terbaik, sekali gus memberi laluan kepada kementerian membawa reformasi penting demi manfaat rakyat khususnya petani, pesawah, penternak dan nelayan.

“KPKM sedang memperkemas kerja akhir sebelum pembentangan dibuat. Kita mahu setiap pindaan memberi impak kepada sektor agromakanan dan menjamin bekalan makanan negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN