JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Subang, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan perkahwinan di bawah air terjun, lapor portal berita INews ID.
Majlis pernikahan itu berlangsung di air terjun Curug Dayang Sumbi, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @annisa.wedding15 menunjukkan pasangan pengantin itu melaksanakan akad nikah di dalam air.
Tetamu dan keluarga pengantin dilihat duduk di atas kerusi sambil mengenakan pakaian berwarna putih.
Pasangan pengantin pula memakai pakaian tradisional Jawa dengan ‘berkaki ayam’.
Rakaman itu mencatatkan lebih 4.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam bernikah di alam ghaib,” kata seorang netizen.
“Banyak nyamuk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














