fbpx
HAALAND meledak gol kemenangan City menerusi sepakan penalti untuk mengalahkan Real awal pagi semalam. - AFP

Man. City belum layak dilabel juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap pasukannya masih memiliki banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan untuk memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Walaupun cemerlang menewaskan juara 15 kali, Real Madrid 2-1 di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Guardiola menegaskan pasukannya masih lagi jauh daripada prestasi terbaik yang membolehkan The Citizens bergelar juara.

“Perjalanan masih panjang untuk bergelar juara dan kami belum lagi bersedia. Pemain-pemain melakukan kerja dengan hebat dan sudah pasti ia menjadi keputusan yang bagus tetapi masih ada perkara perlu dibaiki.

“Adalah bagus untuk menang di Bernabeu yang sememangnya sukar. Empat atau lima pemain baru kali pertama bermain di sini, jadi mungkin kami tidak bersedia sepenuhnya untuk beraksi pada tahap sebenar di peringkat ini.

“Namun, ini adalah proses yang perlu kami lalui. Daripada aspek pungutan mata, kami gembira untuk menang terutamanya selepas apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Bayer Leverkusen sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Erling Haaland yang meledak gol kemenangan City mengakui, seluruh pasukan terpaksa mengharungi detik sukar sepanjang perlawanan, namun akhirnya kerja keras pemain membuahkan hasil.

“Kemenangan ini nyata sesuatu yang cukup penting selepas kami kalah kepada Leverkusen. Sekarang kami ada dua perlawanan lagi dan kami perlu menamatkan saingan di kedudukan terbaik iaitu dalam kelopok lapan teratas,” kata Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN