fbpx
Gambar hiasan

Kelantan antara negeri dilanda hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri termasuk Pantai Timur dan Perak.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang dijangka terjejas hingga pukul 6 petang ini adalah Hulu Perak, Perak, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

“Selain itu, hujan lebat dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor, manakala Betong, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.

“Cuaca buruk itu berterusan di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sabah termasuk Labuan,” katanya.

Menurut MetMalaysia, di Kelantan, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh dijangka mengalami hujan lebat hingga pukul 8 malam ini.

“Di Terengganu, hujan lebat berterusan melanda kawasan Besut dan Setiu,” katanya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN