fbpx
Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan (empat dari kanan) menyerahkan Kurniaan Tengku Mahkota Kelantan kepada keluarga arwah Muhammad Amidee di Kampung Chawas, Tanah Merah hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Tambahan papan tanda di UMK Jeli elak tragedi kereta jatuh tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menambah papan tanda peringatan kawasan tasik di UMK Kampus Jeli bagi mengelakkan kejadian kereta terbabas dan terjunam ke dalam air berulang lagi.

Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Arham Abdullah berkata, kejadian yang berlaku kepada Allahyarham Muhammad Amidee Abdullah, 25, pada 2 Disember lalu di luar jangkaan pihaknya kerana kawasan tasik itu sudah dibina benteng yang tinggi daripada jalan utama.

Menurutnya, penambahan papan tanda itu merupakan salah satu langkah untuk mempertingkatkan aspek keselamatan pelajar di dalam kampus.

“Justeru, kita akan menambah lagi papan tanda di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

“UMK sentiasa memantau keselamatan pelajar di dalam kampus. Berdasarkan maklumat, kejadian yang menimpa arwah Muhammad Amidee berlaku apabila kereta yang dipandunya melangkaui benteng sebelum terjunam ke dalam tasik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kurniaan oleh Tengku Mahkota Kelantan selaku Pro-Canselor UMK di rumah keluarga mangsa di Kampung Chawas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Arham memberitahu, pihaknya juga akan menyampaikan anugerah Khas Wira UMK kepada salah seorang pelajar yang terjun ke dalam tasik untuk membantu arwah Muhammad Amidee dan rakannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI