fbpx
Gambar hiasan.

Penggunaan kamera badan tingkat integriti penguat kuasa JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penggunaan alat perakam badan (BWC) pada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan integriti, ketelusan serta keberkesanan penguatkuasaan di lapangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penggunaan BWC membolehkan rakaman visual dan audio direkod secara masa nyata semasa operasi dijalankan.

“Teknologi ini bukan sahaja berfungsi sebagai mekanisme pemantauan terhadap tingkah laku pengguna jalan raya dan anggota penguat kuasa, malah membantu mengurangkan pertikaian dakwaan tidak berasas dan potensi salah laku.

“Inisiatif ini juga mengurangkan kebergantungan kepada kehadiran penyelia di lapangan kerana pemantauan boleh dilakukan melalui semakan rakaman secara digital,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Salehuddin Saidin berhubung langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) mengurangkan kebergantungan sumber manusia dalam menguatkuasakan undang-undang melalui Pengiran teknologi moden.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, MOT turut merancang untuk membangunkan sistem pangkalan data pemandu kenderaan berat.

Menurut beliau, sistem itu bagi memastikan pemandu yang berkualiti dan mengutamakan keselamatan sahaja dilantik sebagai pemandu kenderaan berat.

Jelas beliau, sistem itu akan menyediakan data berkaitan latar belakang pemandu kenderaan berat sebagai rujukan sebelum pelantikan oleh syarikat pengendali.

“Hal ini mengurangkan risiko ketidakpatuhan pemandu kenderaan berat semasa beroperasi dengan semakan digital secara masa nyata. Penguatkuasaan lebih efisien dan tepat sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pemantauan fizikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN