fbpx
Asyraf, PU Rahmat dan Haroqs sedang berada di Aceh untuk misi bantuan selepas banjir.

[VIDEO] Keadaan malam di Aceh seperti ‘Kota Zombie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan malam di Aceh Tamiang Sumatera pada waktu malam boleh diibaratkan seperti ‘Kota Zombie’ kerana bekalan elektrik terputus selepas dilanda banjir besar dan tanah runtuh baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pendakwah Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan yang menyertai misi bantuan di sana, kebanyakan penduduk tinggal berhari-hari tanpa elektrik, air bersih dan ubat-ubatan.

“Rumah mereka hancur. Makan Indomie tanpa air panas. Nasi sudah lama tidak kelihatan. Adanya tapi dicatu. Mereka tidak tahu kemana mahu pergi dan sampai bila begini

“Mereka tidur di tepian jalan, beratur mengecas telefon, menunggu makanan yang entah bila datang,” katanya.

Lebih memilukan, Asyraf berkata banyak mayat yang ditemui dalam kereta-kereta yang tersadai selepas ditelenggami banjir.

“Kita doakan agar besar dugaan ini segera diangkat oleh Allah,” katanya.

Sebelum ini, Ribut Senyar telah menyebabkan tanah runtuh dan banjir yang dahsyat di negara tersebut dengan rumah-rumah dibawa arus dan ribuan bangunan ditenggelami air.

Orang ramai dilaporkan hilang di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) berkata, pasukan penyelamat di Indonesia sedang mencari sekurang-kurangnya lebih 400 orang yang dilaporkan hilang selepas banjir surut. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by International Videographer (@haroqs)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI