PETALING JAYA – Perdana Menteri mengutuskan ucapan selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA 2024 di Thailand yang secara rasmi, bermula hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua atlet yang mewakili negara perlu fokus setiap sukan yang diwakili.
Malah kata beliau, doa seluruh rakyat Malaysia juga turut mengiringi setiap langkah semua atlet.
“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” tulisnya.
Untuk makluman, Sukan SEA 2025 berlangsung mulai hari ini hingga 20 Disember depan, manakala Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dijadual bermula dari 20 hingga 26 Jan depan.
Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.
Untuk edisi kali ini, Malaysia menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna. – KOSMO! ONLINE














