fbpx
Johari

Kes kanak-kanak perempuan lemas di Lenggeng ada unsur pengabaian – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Siasatan polis berhubung kematian kanak-kanak perempuan yang dijumpai tidak sedarkan diri dipercayai lemas di kolam renang sebuah kelab di Lenggeng, Nilai kelmarin mendapati ada unsur pengabaian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, buat masa ini, pihaknya mengambil keterangan lima individu iaitu ibu bapa serta kakak mangsa, guru dan pegawai perubatan semalam.

“Siasatan mendapati mangsa mandi di kolam itu tanpa pengawasan orang dewasa, jadi kita siasat kes ini di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana aspek pengabaian kanak-kanak.

“Bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas. Kita sedang dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Ramah Mesra Media dan Polis, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN