fbpx
DELAP

Chelsea pasrah Delap berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea terus berdepan krisis di bahagian serangan apabila Liam Delap mungkin tidak dapat diturunkan menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atalanta di Stadium Gewiss awal pagi Rabu ini.

Ia berikutan kecederaan bahu dialami penyerang itu di separuh masa pertama ketika The Blues sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Bournemouth di Stadium Vitality pada Sabtu lalu.

Kecederaan terbaharu itu pastinya merencatkan perancangan Chelsea bagi memperkasakan bahagian serangan, lebih-lebih lagi Delap baru sahaja kembali selepas berehat selama dua bulan akibat kecederaan hamstring.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menganggap bekas penyerang Ipswich Town itu mungkin terpaksa berehat panjang sekali lagi apabila mengakui kecederaan bahu dialami Delap boleh dikatakan serius.

“Delap memang kurang bernasib baik kerana dia sudah pun diketepikan selama dua bulan sebelum ini, sekarang dia berdepan situasi sama. Kami tidak tahu berapa lama (berehat) tetapi kecederaan itu nampak serius.

“Bukan sahaja Delap, malah kami sebagai pasukan juga kurang bernasib baik kerana kami akan memerlukan penyerang sepertinya. Justeru, saya terpaksa mencari jalan untuk menampung ketiadaannya nanti,” katanya.

Ketika ini, ada beberapa pemain yang mampu menggalas tanggungjawab untuk mengetuai jentera serangan Chelsea ketika berdepan Atalanta, iaitu Pedro Neto ataupun Joao Pedro sebagai ‘false nine’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN