fbpx
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka (dashcam) oleh @ahmadsyauqiabdrazak.

‘Takkan tak boleh tunggu kita nak melintas?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa buah kereta dan motosikal yang enggan berhenti di lampu isyarat merah bagi memberi laluan kepada pejalan kaki mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di Threads oleh @ahmadsyauqiabdrazak, dua buah kereta dan tiga motosikal dilihat melanggar lampu isyarat merah walaupun masih ramai pejalan kaki sedang melintas.

“Dua kereta, tiga motosikal, saja perangai macam tidak nampak lampu merah. Padahal ramai tengah melintas. Saya akan tolong laporkan ke JPJapp untuk abang pejalan kaki yang tidak puas hati depan tu. Tunggu lah saman sampai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi yang rata-rata turut berang dengan tindakan pemandu-pemandu berkenaan yang tidak mengendahkan pejalan kaki yang sedang melintas.

“Tolong buat laporan, bang. Saya pernah kena macam ni juga sebagai pejalan kaki. Saya nak lintas jalan tetapi ada juga kereta yang laju waktu lampu isyarat sudah merah,” komen Nur Iza.

“Dekat situ lampu isyarat tu sekejap saja nak melintas jalan besar tu, lagi-lagi kalau ramai orang. Dalam 20 hingga 30 saat saja, takkan tidak boleh tunggu langsung?,” komen @hottrajet

“Dekat Malaysia ni banyak macam tu. Kita ni yakin melintas sebab lampu isyarat melintas kita hijau, yang mereka ni boleh pula bawa laju waktu kita nak melintas. Kita pula sekarang kena berhati-hati tengok kiri kanan walaupun jalan kita nak melintas,” komen Mastura Zaini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN