fbpx
Mohd. Khalid

Rakaman audio elemen penting perkukuh siasatan kes tembak di Durian Tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sekeping cakera padat (CD) dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara salah seorang suspek dan isterinya sebelum insiden tembakan di Durian Tunggal, di sini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, bahan bukti tersebut diterima pihak polis pada 6 Disember lalu selepas diserahkan oleh ahli keluarga kepada salah seorang suspek yang terlibat.

Menurutnya, rakaman audio berkenaan kini menjadi antara elemen penting bagi membantu mengukuhkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan.
“Pada 3 Disember 2025, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas yang diketuai pegawai kanan berpangkat Senior Assisten Kommisioner bagi mengambil alih dan mengendalikan siasatan secara menyeluruh di peringkat Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khalid berkata, penubuhan pasukan khas berkenaan adalah bagi memastikan setiap aspek siasatan diteliti secara teratur, profesional dan tanpa sebarang kompromi.

Katanya, PDRM komitmen untuk menjalankan siasatan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang serta menegaskan tiada sebarang bentuk salah laku akan dilindungi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan terhadap kes tembak mati penjenayah oleh polis di Durian Tunggal, Melaka disiasat secara telus tanpa melindungi sesiapa pun.

Anwar dilapor telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes itu secara terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI