fbpx
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Anuar di muara Sungai Kemaman, hari ini.

[VIDEO] Lepas 16 jam jatuh sungai baru lapor bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang lelaki yang sedang leka menyaksikan fenomena air pasang besar dikhuatiri hilang selepas terjatuh akibat tergelincir di Jeti Geliga Che Akob, di sini, malam tadi.

Insiden menimpa mangsa, Muhammad Anuar Syukrimie Mahmood, 31, dikatakan berlaku pada pukul 10 malam namun hanya dimaklumkan kepada pihak berkuasa kira-kira 16 jam kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Anuar Syukrimie dikata berada di jeti nelayan terbabit untuk menyaksikan fenomena air pasang besar bersama rakan-rakannya.

“Mangsa yang berada di jeti itu dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam air. Tambah membimbangkan sewaktu kejadian, fenomena air pasang besar setinggi 3.7 meter sedang berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad Hanif berkata, rakan-rakan Muhammad Anuar Syukrimie cuba mencari di dalam kawasan sekitar muara sungai berhampiran tetapi gagal.

Beliau berkata, mereka akhirnya menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan mencari mangsa pada pukul 2.26 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN