KOTA KINABALU – Lebih 1,000 umat Islam menyertai solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.
Antara yang turut serta ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Selain itu, Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif serta pemimpin politik lain, kenalan dan ahli keluarga Allahyarham.
Jenazah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah itu selesai disembahyangkan dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, dekat sini untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE
Ribuan sertai solat jenazah Allahyarham Bung Moktar
- Oleh IVAN AMIRUL
- 5 Disember 2025, 4:38 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Parti mana pilihan 687,697 pengundi Melaka hari ini
14 November 2026, 7:40 am

Zahidi Zainul meninggal dunia
13 November 2026, 11:48 pm

Najib keluar 8 jam, jalani rawatan, pengajian al-Quran
13 November 2026, 11:39 pm

Pedang Darth Vader dilelong RM20.4 juta
13 November 2026, 11:32 pm

PRN Melaka: BN diramal menang 24 kerusi esok
13 November 2026, 10:16 pm

Hilang tak sampai 24 jam, wanita ditemukan lemas di Sungai Johor
13 November 2026, 8:58 pm

Perantau Melaka ‘makan asap’ nak balik mengundi
13 November 2026, 8:37 pm

Harimau Malaya tetap membara berdepan China
13 November 2026, 8:27 pm








