fbpx
GUARDIOLA

Guardiola laung amaran kepada Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City terus menunjukkan aura sebagai juara apabila masih belum mahu mengibar ‘bendera putih’ dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi saingan musim ini.

The Citizens terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal menerusi kemenangan 5-4 ke atas Fulham pada Rabu lalu dan mereka akan melayan kunjungan Sunderland di Stadium Etihad malam ini.

Pengurus City, Pep Guardiola seolah-olah melaungkan amaran kepada Arsenal bahawa perebutan kejuaraan masih belum berakhir meskipun mereka sekadar menghuni kedudukan kedua di kala saingan hampir memasuki separuh musim kedua.

Pengendali dari Sepanyol itu menyifatkan saingan liga masih panjang selain mengakui apa sahaja boleh berlaku dan kedudukan liga boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.

“Saya adalah pengurus tertua dalam EPL dan memiliki pengalaman cukup luas untuk bersaing merebut takhta kejuaraan. EPL adalah satu saingan yang sangat panjang, jadi masih ada peluang.

“Kami memenangi empat atau lima EPL sebelum ini walaupun ketika Disember, kami sedang menghuni tangga kedua dan situasi kali ini hampir sama. Apa yang penting, kami tidak akan mengalah,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak meremehkan cabaran Arsenal yang terus mempamerkan aksi cukup konsisten sepanjang saingan musim ini apabila gah menerajui takhta EPL dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Arsenal merupakan pasukan yang sangat kuat dan tersusun. Kami tidak boleh tercicir mata kerana ia boleh menghakis peluang kami untuk kembali merampas kejuaraan liga,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN