fbpx
Tertuduh-tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Pemilik ‘spa songsang’ hidap HIV, mengaku salah sebar jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang penghidap HIV yang juga pemilik sebuah ‘spa songsang’ mengaku salah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu berisiko menularkan jangkitan kepada orang lain serta memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit.

Tertuduh, Khor Yik Keian, 57, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Roshayati Radellah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa dirinya menghidap penyakit berjangkit iaitu Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui perbuatannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis Unique Two Recreation Centre, Jalan Perai Jaya 4, Perai di sini pada pukul 7 malam, 29 November lalu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki bahan lucah iaitu gambar dan video dalam telefon bimbit Oppo Reno 11, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Menerusi prosiding berasingan di mahkamah sama, tiga lelaki iaitu Syed Al Aisy Syed Alfarley, 19; Teoh Wan Seong, 37; dan Ahmad Safwan Razali, 33, turut didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap Mohamad Azuddin Sabran, 58, dan Khor Yik Keian di pusat sauna yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama. Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan masing-masing dibenarkan diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Sementara itu, Syed Al Aisy, Ahmad Safwan, Teoh Wan Seong, warga China, Luo Yun,41; A. A Mathiyalagan, 31, dan Mohd Redduwan Zairukaperi, 48, turut didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan itu, ketiga-tiga tertuduh pertama tidak mengaku salah dan masing-masing dibenarkan diikat jamin RM3,000 manakala Luo Yun, A. A Mathiyalagan dan Mohd Redduwan pula didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli.

Kesemua tujuh individu ini antara 13 suspek yang ditahan polis dalam satu operasi di sebuah spa yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti persundalan songsang di Perai pada 29 November lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI