fbpx
AZRY (depan) menunjukkan barang rampasan kes samun treler Geng Bhai di pekarangan Balai Polis Trafik Daerah Maran, di Maran, hari ini.

Enam bekas banduan ditahan, sindiket samun kargo tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Bhai’ yang merupakan kumpulan samun kargo paling aktif di negeri ini selepas menahan enam bekas banduan yang bergiat semula dalam dunia jenayah selepas dibebaskan daripada penjara.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan Op Kargo yang digerakkan hasil risikan rapi terhadap kegiatan kumpulan terbabit.

Katanya, kumpulan itu diketuai lelaki berusia 56 tahun yang masih dalam tempoh parol sehingga Mac 2026 namun tetap berani merekrut anggota baharu yang memiliki pelbagai rekod jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan mendapati mereka berkenalan ketika menjalani hukuman di penjara. Selepas bebas, mereka kembali aktif melakukan samun dan curi kenderaan secara terancang di beberapa daerah.

“Setakat ini, kumpulan itu disyaki terbabit dalam dua kes samun treler membawa muatan besi dan kabel elektrik serta lima kes kecurian ‘forklift’ dan kenderaan lain dengan jumlah kerugian lebih RM600,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azry berkata, hasil serbuan antara 21 hingga 29 November lalu, polis menahan semua suspek berusia 24 hingga 56 tahun di Senawang (Negeri Sembilan), Klang (Selangor) dan Bentong (Pahang).

Jelasnya, turut dirampas ialah pelbagai kenderaan termasuk lori forklift, trak tunda dan kereta, selain alat pemotong besi serta kabel yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka.

Tambahnya, kumpulan tersebut turut mengaku terbabit dalam lapan kes samun dan curi kenderaan di Pahang dan Selangor.

Dalam pada itu beliau berkata, modus operandi penjenayah berkenaan ialah kumpulan itu mensasarkan lori yang berhenti di tepi jalan sebelum menyerang pemandu.

“Mereka mengikat dan menutup mata mangsa, kemudian membawanya ke lokasi terpencil sebelum ditinggalkan. Lori dan muatan pula dialihkan ke pusat pemunggahan yang disewa di luar Pahang,”katanya.

Sementara itu katanya, polis masih mengesan tiga lagi anggota kumpulan berkenaan iaitu Kishan Singh Kretar Singh, 41, dari Rawang; Muhammad Farhan Subri, 23, dari Bedong, Kedah; serta seorang lelaki dikenali sebagai Raja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI