fbpx
Sam ketika ditemui media di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. -Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

[VIDEO] Sam ingat pesanan Bung Moktar suruh sentiasa utamakan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Pelakon, Shaheizy Sam menyifatkan arwah abang iparnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin seorang yang tegas, namun lembut ketika berbicara.

‎Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abd. Samad berkata, Allahyarham yang dikenali rakyat mungkin berbeza dengan personaliti beliau apabila bersama keluarga.

‎”Arwah sangat penyayang yang mementingkan keluarga. Orang mungkin nampak arwah ini seorang yang tegas dan lantang bersuara di Parlimen. Hakikatnya beliau lembut dalam berbicara malah salah satu nasihat beliau yang Sam pegang dari dahulu hingga sekarang adalah utamakan ibu.

‎”Apa sahaja hal sekalipun arwah nasihatkan Sam, ibu insan nombor satu jika hendak berjaya,” katanya.- KOSMO! ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI