fbpx
Gambar hiasan

Perak, Selangor berdepan hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Amaran ribut petir juga dijangka berlaku di Pahang di daerah Raub dan Bentong manakala Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia berkata amaran ribut petir diramal di Seluruh Melaka dan beberapa daerah di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis),” katanya.

Turut terlibat adalah Sabah dimana kawasannya yang terkesan adalah Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI