fbpx
Gabungan media dan pempengaruh bergambar kenangan ketika menyertai Kejohanan Piala Media di TPGCC semalam.

Kejohanan golf media, pempengaruh berlangsung sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kejohanan Piala Media antara wakil daripada media tempatan dan pempengaruh akan diadakan secara tahunan selepas penganjuran sulung yang diadakan di Kelab Golf Tasik Puteri (TPGCC), Rawang dekat sini semalam berjaya mencapai matlamatnya.

Pengurus Besarnya, Nor Afendi Mohd. Razlan berkata, peserta dan rakan kongsi boleh menantikan pengalaman yang lebih bertenaga dan menarik apabila aktiviti dan penglibatan media bakal diperluaskan lagi.

Katanya, kejohanan itu menjadi acara kemuncak dalam kalenda golf di mana ia menyatukan wakil media dan content creator untuk mencipta impak yang lebih mendalam.

“Kejohanan itu merupakan detik penting buat kami ekoran pencapaian membanggakan selepas kami memperoleh dua gelaran utama kebangsaan tahun ini iaitu Padang Golf Awam Terbaik dan Destinasi Golf Pelancongan Terbaik di Malaysia melalui Anugerah Industri Tourism 2025.

“Objektif kejohanan itu bertujuan mengeratkan hubungan, memupuk kerjasama dan menonjolkan peranan penting yang dimainkan oleh media dalam membentuk industri golf moden,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara sulung itu melibatkan 40 pemain golf diwakili wakil media dan pempengaruh media sosial yang menyaksikan gabungan media mendapat 318 mata di belakang Parvengers (328 mata).

Menurut Nor Afendi, selain mempunyai padang golf 27 lubang, TPGCC menyediakan Villa Puteri yang menampung 14 bilik suite.

“Terima kasih kepada semua wakil media dan pempengaruh golf di atas sokongan berterusan,” katanya.

TPGCC boleh dihubungi melalui talian 03-6034 4721/22 atau emel ke [email protected] atau layari www.tasikputerigolf.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN