fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki warga emas maut jatuh tingkat 19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun itu pada pukul 8.01 pagi.

“Mangsa didapati telah terbaring di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI