fbpx
ENGGAN menjadi sebahagian daripada gelora perdebatan, Remy Ishak mengakui adakalanya terbabas apabila terpanggil menyuarakan pandangan dalam media sosial. – Foto FARIZ RUSADIO

‘Bukan semua orang setuju dengan kita, pendam jadi toksik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HIDUP sebagai selebriti tentunya tidak pernah lekang daripada perhatian dan kritikan masyarakat, apatah lagi dalam era media sosial yang serba pantas. Apa sahaja yang dikongsi pasti menjadi bahan bualan, perdebatan, malah ada kalanya mengundang kecaman.

Situasi sebegitulah yang turut memberi tekanan kepada pelakon Datuk Remy Ishak sehingga terdetik hasrat menjauhkan diri daripada media sosial dek suasana negatif yang menjejaskan ketenangan hidupnya.

“Sebenarnya saya sudah lama mahu jauhkan diri daripada media sosial kerana sedikit sebanyak mengganggu kesejahteraan mental. Kadang-kadang kita tengok orang kongsi perkara yang kita rasa tidak betul dan ingin kata sesuatu.

“Tapi perkara itu saya simpan sebab bukan semua orang akan bersetuju dengan kita. Namun, bila kita pendam akan jadi toksik,” katanya kepada HibGlam.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, biarpun sering menahan diri daripada membalas komen, menulis isu yang tidak dipersetujui, ada ketika emosinya turut ‘terlayan’ persekitaran yang penuh perdebatan.

“Kemudian bila kita buka media sosial, nampak lebih banyak lagi perkara yang kita tak setuju seperti cerai atau buli, tapi tak boleh juga mahu bersuara.

“Cuma bila nampak saya kata sesuatu dalam Threads, mungkin hari itu, saya sudah tidak dapat nak tahan, terlayan juga,” tuturnya.

Bintang filem Pulang itu bagaimanapun mengakui sukar untuk benar-benar meninggalkan media sosial kerana kerjayanya banyak bergantung kepada platform tersebut.

“Saya memang akan libatkan diri dengan kerja-kerja promosi filem, drama atau apa sahaja produk yang ada.

“Ada masanya saya akan guna media sosial. Kalau tak, memang saya keluar sekejap daripada media sosial,” jelasnya semasa ditemui usai pelancaran drama terbaharu lakonannya, Sumpah Ibuku.

Berkongsi mengenai naskhah siaran TV3 tersebut, Remy yang memainkan watak Hadith, tidak menafikan seorang ketua keluarga pasti yang berdepan dilema besar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami juga anak.

“Sebagai seorang lelaki, adakala kita memang tersepit. Drama ini mewakili dilema sebenar yang dihadapi golongan lelaki sebab seolah-olah orang tidak dengar masalah kita.

Jadi anak, suami sempurna

“Macam mana kita nak kawal keadaan lebih-lebih lagi dalam cerita ini, isteri saya lakonan Izara Aishah pun ada perangainya yang saya kena jaga.

“Ibu pula sikapnya memang bermasalah. Jadi dalam cerita ini, lelaki perlu jadi sangat kuat,” katanya lagi.

Bercakap mengenai drama berkenaan lagi, bapa anak satu itu menzahirkan rasa syukur dapat bergandingan dengan pelakon senior, Liza Abdullah yang memberikan tenaga sama sepanjang penggambaran berlangsung.

“Kita tahulah Kak Liza memang akan buat karakter jahat lebih ‘menjadi-jadi’. Itu juga permintaan pengarah. Gaya lakonan dalam Sumpah Ibuku pula berbeza dengan filemm, lebih minimal.

“Tapi untuk drama memang ada cara khas, perlu beri lebih emosi. Alhamdulillah, kombinasi dengan Kak Liza ‘menjadi’ untuk sama-sama sampaikan energi naskhah berkenaan,” tutupnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN