LAGU Adek Saye Abe Sore ternyata berjaya mencipta fenomena luar biasa ketika ini. Peminat lagu ciptaan Eddie Hamid itu hadir daripada pelbagai lapisan umur.
Bukan sahaja orang biasa, golongan selebriti juga turut tidak terlepas menggunakan lagu tersebut dalam konten media sosial mereka.
Salah seorangnya ialah Harissa Adlynn dan Keith Foo yang menyanyikan lagu tersebut dalam sebuah video.
Ramai memuji kecomelan Harissa dalam video tersebut sehingga berjaya meraih lebih empat juta tontonan.














