fbpx
Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul kini Pengerusi Mida, Anwar umum tanggungjawab lain kelak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) semalam dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selain menerajui Mida, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri selepas dilantik menerajui kementerian itu pada 3 Disember 2022 Anwar.

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dari 9 Mac 2020 hingga 9 Nov 2022.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI