TIDAK perlu menjadi bijak. Cukup sekadar merenung kebenaran dan mengambil pelajaran daripadanya. Bejat seandainya mengelak berfikir secara mendalam, cenderung tersinggung ketika dihadapkan dengan kebenaran. Demikian fikir penulis ketika terbaca mutiara kata diungkapkan ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam, Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib bin ‘Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutallib bin Abd Manaf bin Qusai mengenai kebenaran. Atau tersohor dengan panggilan Imam Syafie. Dalam kehidupan hari ini, manusia dihambat pelbagai tuntutan.……














