PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 8 malam ini.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Kuantan, Pahang turut terlibat.
“Selain itu, cuaca buruk bertumpu di Hulu Langat, Selangor selain Kuala Lumpur manakala Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan turut terjejas,” ujarnya.
Seterusnya, hujan turut diramal di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Kapit) dan Bintulu, Sarawak.
Bagi negeri Sabah, amaran yang sama turut melibatkan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna). –KOSMO! ONLINE













