fbpx
Sultan Ibrahim menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Konvokesyen UPNM ke-15 di WTC, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

Graduan UPNM pemacu tamadun negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu meletakkan diri sebagai pembina tamadun unggul dengan menggunakan ilmu diperolehi untuk kemajuaan ummah.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah, graduan UPNM juga turut berperanan mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin muda negara.

Seri Paduka Baginda bertitah, ilmu yang diperolehi di universiti adalah amanah yang harus dikembalikan kepada masyarakat dan negara.

“Ilmu bukan sekadar untuk kemajuan diri sendiri. Lebih penting ialah cara ilmu tersebut digunakan untuk kebaikan semua.

“Ini kerana, sejarah tamadun Islam telah membuktikan bahawa ilmu boleh membawa umat daripada kejahilan kepada cahaya kebenaran,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Konvokesyen UPNM ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, kekuatan sebuah negara adalah terletak kepada graduan yang ada pada hari ini.

“Kuat atau lemah graduan pada hari ini adalah merupakan tanda kepada kejayaan atau kegagalan negara pada masa hadapan.

“Graduan tidak boleh leka dalam mengharungi arus kemodenan dan terlibat dalam perkara yang tidak sihat,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim turut bertitah, negara menaruh harapan agar graduan boleh menjadi pemimpin muda yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing, namun memiliki nilai integriti dan dedikasi berkhidmat kepada negara.

“Hakikatnya, graduan adalah merupkan aset strategik untuk memacu negara ke arah kemajuan dan masa hadapn lebih gemilang.

“Gunakan ilmu dengan sebaiknya dan jadilah seorang pemimpin muda yang berguna kepada negara,” titah Seri Paduka Baginda.

Pada Istiadat Konvokesyen berkenaan tahun ini, seramai 1,011 graduan berjaya menamatkan pangajian merangkumi ijazah sarjana muda, diploma, sarjana dan doktor falsafah.

Ia melibatkan 24 graduan doktor falsafah, ijazah sarjana (54), ijazah sarjana muda (783) dan diploma (149). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI