fbpx
Tengku Muhammad Ismail (duduk, tengah) berkenan menyantuni mangsa banjir di PPS SK Rawai, Marang hari ini.

Yang Dipertuan Muda Terengganu santuni mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Situasi banjir di Terengganu terus memilih denga lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup berikutan cuaca semakin baik sejak semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, setakat pukul 10 pagi, tujuh lagi PPS telah ditutup menjadikan hanya 20 pusat masih beroperasi di seluruh negeri.

“Penutupan terbaharu membabitkan dua PPS di Marang iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sawa dan Dewan Sivik Merchang di sini, manakala dua lagi di Dungun melibatkan Balai Raya Kampung Pelancang dan SK Tok Kah.

“Satu PPS di Kuala Terengganu juga telah ditutup melibakan SK Banggol Peradong serta dua di Setiu iaitu SK Penarik dan SK Telaga Papan,” katanya kepada Kosmo! di SK Simpang Rawai di sini hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama,
kekanda dan adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’ berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir berada di PPS berkenaan.

Mohd. Zul Khairi berkata, APM Terengganu menjangkakan lebih banyak PPS lagi ditutup pada masa terdekat.

Sementara itu, salah seorang mangsa banjir, Zainon Said, 67, dari Kampung Padang Rawai berkata, kunjungan Tengku Muhammad Ismail memberi semangat moral kepada mereka yang masih dalam proses memulihkan rumah terjejas.

“Saya terharu apabila baginda sendiri melihat keadaan kami, bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat. Kehadiran baginda membuatkan kami rasa dihargai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI