fbpx
Api marak ketika bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran. - 7News

‘Hujan konkrit’ di Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Satu kebakaran besar tercetus di sebuah kilang kitar semula kimia di Sydney, Australia, kelmarin, menyebabkan serpihan bangunan dan konkrit berterbangan ketika letupan kuat meledak, lapor akhbar Metro UK.

Bola api tebal menjulang naik sehingga 150 meter di udara dalam apa yang disifatkan ‘pengalaman sekali sepanjang kerjaya’ oleh anggota bomba.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Sebilangan anggota bomba juga memberitahu bahawa mereka mereka tidak pernah melihat letupan sebesar itu dalam tempoh 40 tahun bekerja,” kata Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat NSW, Jeremy Fewtrell.

Lebih 200 anggota bomba bergegas ke Jalan Kurrajong ketika kebakaran berlaku sebelum pukul 11 malam (waktu tempatan).

Walaupun usaha terbaik dilakukan pasukan boma, kebakaran semakin marak malah meletup, menyebabkan dua anggota bomba cedera apabila bahan kimia meresap melalui sarung tangan mereka.

“Terdapat sejumlah besar serpihan terkena pada anggota bomba serta gumpalan bata dan konkrit yang tertanggal akibat letupan itu,” kata Fewtrell.

Setakat ini, polis masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut, manakala siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI