fbpx
Gambar hiasan

Ramai risau dapat SMS Nadma, banjir dijangka mula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai penduduk Klang mula bimbang selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) amaran banjir daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menerusi hantaran pengguna Threads @Syahiirahroz, memaparkan SMS berkenaan memaklumkan kejadian banjir dijangka berlaku bermula pukul 3 petang esok sehingga Ahad ini.

“Ya Allah, dah terima SMS ni. Semoga baik-baik sahaja warga Klang,” menurutnya pada ruang kapsyen.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), seramai 32,828 mangsa membabitkan 10,695 keluarga terlibat dalam kejadian banjir yang melanda tujuh negeri termasuk negeri Selangor.

Seramai 2,477 mangsa di Selangor termasuk 657 keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat terjejas kejadian banjir.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai turut bimbang dengan keadaan hujan berterusan serta perkongsian SMS tersebut.

“Saya pun terima mesej seperti ini,” komen @Shnabihahxx.

“Memang berkemungkinan tinggi untuk Klang banjir sebab purata hujan turun agak lebat. Harap semua berhati-hati,” komen @Yumi.isml.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat semasa di laman rasmi infobanjir melalui pautan publicinfobanjir.water.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN