fbpx
Anggota bomba ketika memantau keadaan flat Ampang Jajar di Butterworth susulan kejadian gempa bumi di barat Sumatera Indonesia, hari ini.

Gempa Indonesia: Penduduk Butterworth rasai gegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kejadian gempa berukuran 6.6 skala Richter di barat Sumatera, Indonesia hari ini turut dirasai penduduk rumah pangsa Ampang Jajar di Butterworth, dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.36 tengah hari.

“Pusat Gerakan Operasi menerima maklumat terdapat gegaran di lokasi kejadian. Operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth. Pasukan membuat ‘size up’ dan mendapati hanya berlaku gegaran kecil.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan tiada kerosakan pada bangunan tersebut,” katanya di sini, sebentar tadi. Operasi tamat pada pukul 2.10 petang setelah lokasi berkenaan didapati berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, media melaporkan gempa bumi berkuasa 6.6 skala Richter menggegarkan pulau Simeulue, namun tiada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa yang tercetus pada [ukul 11.56 pagi (waktu tempatan) berlaku pada kedalaman 25 kilometer. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN