fbpx
USAHA memadamkan kebakaran yang melanda beberapa menara  pangsapuri di Wang Fuk Court, Hong Kong diteruskan hari ini. – AFP 

Bangunan kediaman tinggi Hong Kong masih terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Anggota-anggota  bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dahsyat di kompleks bangunan tinggi di Hong Kong hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dengan beratus-ratus mangsa hilang.

Kebakaran terburuk di Hong Kong dalam tempoh beberapa tahun itu berlaku di kejiranan Wang Fuk Court yang menempatkan lapan blok menara kediaman dan 2,000 pangsapuri. 

Polis berkata hari ini bahawa mereka menahan tiga lelaki berhubung kebakaran itu, selepas bahan mudah terbakar yang ditinggalkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan menyebabkan api ‘merebak cepat tanpa dapat dikawal’.

Wartawan AFP di tempat kejadian melihat beberapa menara pangsapuri masih terbakar, walaupun api reda sedikit.

Api marak daripada perancah buluh di beberapa blok pangsapuri setinggi 31 tingkat di Wang Fuk Court semalam yang menjalani kerja pembaikan di seluruh hartanah berkenaan.

Wartawan AFP mendengar bunyi retakan kuat, mungkin daripada buluh yang terbakar, dan melihat kepulan asap tebal menjulang tinggi ke langit.

Seorang penduduk berusia 65 tahun bernama Yuen berkata, dia tinggal di kompleks itu selama lebih empat dekad dan ramai jirannya sudah tua dan mungkin tidak dapat bergerak.

“Tingkap ditutup kerana penyelenggaraan, (sesetengah orang) tidak tahu ada kebakaran dan terpaksa diberitahu untuk berpindah melalui panggilan telefon oleh jiran,” kata Yuen kepada AFP. “

Jabatan bomba Hong Kong menaikkan angka kematian kepada 44 orang pagi ini.

Antara yang maut ialah seorang anggota bomba berusia 37 tahun. Dia ditemui dengan kesan melecur di muka setengah jam selepas terputus hubungan dengan rakan-rakan sekerja, kata pengarah perkhidmatan bomba,  Andy Yeung.

Seorang jurucakap kerajaan memberitahu AFP bahawa 56 orang sedang dirawat di hospital. 16 mangsa berada dalam keadaan kritikal, 24  serius dan 16 stabil yang lain stabil.

Pemimpin tempatan, John Lee berkata, 279 orang tidak dapat dikesan, walaupun anggota-anggota bomba berkata kemudian bahawa sebahagian daripada mereka telah dapat dihubungi.

Menurut Lee, lebih 900 orang mendapatkan perlindungan di tempat perlindungan sementara. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN