fbpx
Sebahagian murid SK Kampung Baru Kuala Abang, Dungun meneruskan persekolahan seperti biasa hari ini.

Tinggal 2.5 hektar Hutan Paya Gambut Kuala Abang masih terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Kebakaran hutan paya gambut di Kuala Abang yang semakin pulih sekali gus membolehkan 1,024 pelajar di dua sekolah berhampiran meneruskan sesi persekolahan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi berkata, operasi pemadaman berterusan telah dilakukan di kawasan terjejas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Abang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kuala Abang di sini.

“Asap tebal juga semakin berkurangan membolehkan 520 pelajar SMKA Kuala Abang dan 505 pelajar SK Kampung Baru Kuala Abang menjalani sesi persekolahan seperti biasa hari ini.

“Kualiti udara dan penglihatan di kawasan sekolah juga bertambah baik, hasil usaha kita bertungkus lumus melakukan pemadaman api sejak minggu lalu,” katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, setakat ini sebanyak 32 hektar kawasan hutan paya gambut yang terbakar berjaya dipadamkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN