fbpx
KEADAAN Balai Polis Kepala Batas yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Balai Polis Kepala Batas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebahagian bangunan Balai Polis Kepala Batas, di sini yang melibatkan bilik server musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari oleh seorang anggota yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan.

Anggota terbabit kemudian menghubungi Ketua Polis Balai bagi mendapatkan bantuan awal serta mengambil langkah segera mengawal keadaan sementara menunggu ketibaan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.56 pagi.

Katanya, panggilan daripada Pusat Gerakan Polis negeri memaklumkan berlaku kebakaran melibatkan bilik ‘standby’ anggota dan memerlukan bantuan bomba.

“Susulan itu, pasukan dari BBP Alor Setar bergegas ke lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A premis kerajaan.

“Kebakaran turut melibatkan peralatan sekatan jalan raya yang disimpan di dalam bilik server,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang kira-kira 30 meter dengan satu pancutan salur bantu mula menggunakan sumber air dari tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.15 pagi sebelum kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” ujarnya.

Tambahnya, anggaran kemusnahan adalah kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan ruang bilik berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN