fbpx
RONALDO (kanan) menunjukkan reaksi sinis selepas dikenakan kad merah ketika menentang Ireland sebelum ini. - ATHLON SPORTS

Ronaldo diberi keistimewaan oleh FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dibenarkan beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menangguhkan sebahagian hukuman terhadap kad merah diterimanya sebelum ini.

Mesin gol berusia 40 tahun itu dilayangkan kad merah ketika Portugal tewas 0-2 kepada Ireland di Dublin baru-baru ini selepas didakwa menyiku Dara O’Shea sekali gus dibuang padang kali pertama dalam tempoh 226 penampilan antarabangsa.

Disebabkan itu, FIFA menggantung Ronaldo untuk tiga perlawanan, namun dua daripadanya ditangguhkan pelaksanaannya, manakala satu lagi sudah selesai dijalani ketika Portugal membelasah Armenia 9-1 sebelum ini.

“Selaras dengan artikel 27 Kod Tatatertib FIFA, dua baki penggantungan itu ditangguhkan di bawah tempoh percubaan selama setahun.

“Jika Cristiano Ronaldo melakukan kesalahan lain yang sama sifat dan tahapnya sepanjang tempoh percubaan, penggantungan itu akan serta-merta dikuatkuasakan dan dua baki perlawanan perlu dijalani segera dalam aksi rasmi (Portugal) berikutnya,” menurut kenyataan FIFA.

Ronaldo, penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi saingan bola sepak antarabangsa lelaki dengan 143 gol, berhasrat untuk beraksi pada Piala Dunia keenamnya tahun depan di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu, kini bersama Al Nassr di Arab Saudi, masih belum menjulang trofi Piala Dunia tetapi pernah memenangi Euro 2016 bersama negaranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN