fbpx
Indira Gandhi (tengah, baju putih) ketika berhimpun secara aman bersama penyokongnya di Bukit Aman, baru-baru ini.

Polis kesan bekas suami Indira Gandhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan keberadaan bekas suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah @ Patmanathan Krishnan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, usaha mengesan individu terbabit giat diteruskan pasukan PDRM.

Beliau berkata, ia termasuk siasatan berhubung dakwaan kewujudan pihak yang dipercayai menggunakan identiti tersebut bagi menerima bantuan kerajaan seperti Budi95 dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Katanya, semakan turut dijalankan bersama Jabatan Imigresen bagi mengesahkan status Sekatan Perjalanan Khas (SPK) yang masih berkuat kuasa terhadap individu berkenaan.

“Sejak 2021, sebanyak 18 sesi pengurusan kes telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sesi pengurusan seterusnya ditetapkan pada 27 Februari 2026.

“Setiap tindakan yang diambil dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti demi memastikan keadilan ditegakkan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan.

PDRM turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN