fbpx
Gambar hiasan

Buat pinjaman RM32,000 bayar ikat jamin, rupanya ditipu ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan kononnya membuat tuntutan palsu, seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM32,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.

Lelaki berusia 44 tahun itu sanggup memohon pinjaman bank bagi menyerahkan RM32,000 tersebut kepada suspek kononnya sebagai wang ikat jamin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pekerja pelantar minyak tersebut telah dihubungi seorang individu mengaku kononnya wakil sebuah syarikat insurans pada 21 September lalu.

“Mangsa didakwa telah membuat tuntutan palsu sebelum taliannya disambung kepada individu lain pula kononnya pendakwa raya. Dia kemudiannya diarah memberi keterangan sebelum diarahkan menjelaskan kononnya wang jaminan sebanyak RM32,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, pekerja pelantar minyak yang gelabah itu telah memohon pinjaman peribadi bagi melunaskan ‘wang jaminan’ berkenaan.

Beliau berkata, lelaki tersebut kemudiannya membuat pembayaran menerusi lapan transaksi di akaun bank diarah suspek pada 16 November lalu.

“Mangsa yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 2.51 petang semalam.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN