fbpx
KEADAAN kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 129.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Pagoh ke Yong Peng, Muar, awal pagi hari ini. Foto IHSAN POLIS

Pemandu, kelindan maut nahas lori, dua treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pemandu lori dan kelindan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan berat di Kilometer 129.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, mangsa yang berusia 23 dan 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, nahas membabitkan dua buah treler dan sebuah lori. Siasatan awal mendapati, treler dipandu lelaki 52 tahun yang dalam perjalanan ke Johor Bahru dirempuh dari belakang oleh treler lain sebelum terbabas ke kiri.

“Dalam masa sama, sebuah lori dipandu lelaki berusia 23 tahun yang berada di laluan sama gagal mengelak lalu menghentam belakang treler menyebabkan kenderaan itu turut terbabas ke dalam longkang.

“Akibat rempuhan itu, pemandu dan kelindan lori tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba. Mangsa disahkan maut akibat parah pada anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, pemandu treler kedua hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Yong Peng. Pemandu treler pertama tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN