fbpx
Gambar hiasan.

7 negeri berdepan hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan tujuh negeri susulan cuaca buruk yang dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Perak (Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor (Kluang dan Mersing).

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat.

“Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam senarai kawasan terjejas,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN