fbpx
Zaimah (kiri) setia menjaga kakaknya, Zainon yang terlantar akibat strok di dalam rumah mereka yang ditenggelami banjir di Bukit Payung, Marang hari ini.

Berendam 10 jam dalam banjir jaga kakak strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Banjir melanda Bukit Payong di sini hari ini menguji ketabahan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun dengan terpaksa berendam hampir 10 jam demi menjaga kakaknya yang terlantar akibat strok.

Zaimah Ismail berkata, dia yang sedang tidur bersama kakaknya, Zainon Ismail, 70, tersedar setelah menyedari rumah mereka mula dinaiki air pada pukul 1 pagi.

“Saya tidak boleh memindahkan kakak (Zainon) begitu sahaja kerana dia bukan sahaja memerlukan penjagaan rapi malah badannya dipasang beberapa wayar perubatan. Saya terpaksa membuat keputusan tidak berpindah segera sebaliknya kekal bersama kakak biarpun berendam dalam banjir selama hampir 10 jam sebelum bantuan pasukan keselamatan tiba,” katatanya ketika ditemui di rumah mereka di Bukit Payung di sini hari ini.

Zaimah berkata, biarpun kesejukan lututnya mula melemah, dia tetap setia berada di sisi Zainon demi keselamatan kakaknya selain tidak sempat menyelamatkan apa-apa dokumen penting mahupun barangan berharga.

Zaimah dan kakaknya, Zainon kemudiannya diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan bantuan jiran-jirannya pada pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN