fbpx
Sebuah rumah penduduk yang dinaiki air di Beruas baru-baru ini. Foto AZMAN NOH

Punca cuaca buruk di Kedah, Perlis dan P.Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berhubung satu lekukan tropika yang dikesan aktif di perairan berhampiran utara Semenanjung, yang berpotensi membawa cuaca buruk dalam tempoh terdekat.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, sistem berkenaan dikesan berada pada latitud 5.1 darjah utara dan longitud 98.5 darjah timur, serta dijangka bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan kelajuan sekitar 10 kilometer sejam.

“Lekukan tropika ini berpotensi menghasilkan kelajuan angin maksimum sehingga 56 kilometer sejam dan kini berada pada kedudukan kira-kira 202 kilometer ke barat daya Georgetown, Pulau Pinang, iaitu lokasi terdekat dengan Malaysia,” kata kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, fenomena tersebut boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang, serta keadaan laut bergelora terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, termasuk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, orang ramai, khususnya komuniti maritim dan penduduk di kawasan berisiko, dinasihatkan sentiasa peka terhadap amaran terkini cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN