fbpx
JBL Grip bersaiz kecil sesuai dibawa kemana sahaja dan tahan lasak agar memberi kepuasan kepada para pengguna memanfaat bunyi berkualiti tinggi.

JBL Grip pembesar suara berkualiti, tahan lasak, mesra pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – JBL  telah melancarkan JBL Grip, pembesar suara bluetooth ultra mudah alih baharu yang bersesuaian dengan para peminatnya bagi merasai kepuasan mendengar daripada pembesar suara yang padat dan sedia didengari di mana sahaja mereka berada.

Produk tersebut menggabungkan JBL Pro Sound dengan output 16 watt, pencahayaan ambien dan perlindungan habuk, air dan juga kalis jatuh, turut dilengkapi dengan AI Sound Boost untuk alunan bass yang lebih berkuasa dan lebih dalam.

Pengurus Besar dan Naib Presiden, Audio Pengguna, Harman Asia Pasifik, Grace Koh berkata, JBL Grip terbaharu kini menjadi pembantu juruterbang baharu muzik untuk anda yang mana ia dibina seperti tangki, kalis air, kalis habuk dan kalis jatuh (ia akan tahan lasak daripada konkrit).

“Telah terbukti juga, JBL Grip akan memberi rasa kepuasan kepada anda kerana saiznya  yang mudah dipegang dan ia sesuai di bawa ke mana sahaja.

“Terdapat juga lampu ambien yang terbina dalam menetapkan getaran yang sempurna, siang atau malam menjadikan ia sebagai salah satu pembesar suara kecil yang paling kuat yang membawa keseronokan dengan kualiti bunyi yang diperlukan.

“Hanya perlu pasangkan dua pembesar suara untuk bunyi stereo atau sambungkan berbilang pembesar suara dengan Auracast untuk bunyi yang membawa lebih jauh.

“Ke mana sahaja anda pergi, JBL Grip akan berada bersama anda. Dengan cangkuk tali bersepadu, ia juga mudah dipasang pada beg galas, basikal atau kayak.

“Lasak, kalis air dan habuk serta jatuh membolehkan anda meneruskan pengembaraan anda tanpa perlu risau tentang peralatan anda,” katanya dalam kenyataan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN