KEMAMAN – Padah menjual rokok terlalu murah di bawah harga minimum RM12 sekotak, seorang pengusaha kedai runcit didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Hakim Wan Suhaila Mohd. memutuskan demikian selepas orang kena saman (OKS), Lee Jia Hua, 26, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, pekeja Jia Hua didakwa menjual sekotak rokok pada harga yang tidak mengikut harga jualan minimum ditetapkan undang-undang di premis kedai runcit OKS di Kerteh di sini pada pukul 10.30 pagi, 15 April lalu.
Jia Hua didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mohd. Nasir Mohd. Shaari dan Alias Awang Kecik. – KOSMO! ONLINE















