fbpx
Johari di Parlimen hari ini. Foto kredit Jabatan Penerangan

RM1.7 juta bantu pekebun kecil terjejas serangan hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM1.7 juta melibatkan 394 kelulusan permohonan Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) bermula pada Mac tahun lalu.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi kawasan Parlimen Gerik, sebanyak 36 permohonan lengkap telah diterima dengan 34 permohonan telah diluluskan pada tahun 2024 dengan jumlah bantuan sebanyak RM155,075.19.

“Bagi tahun 2025 sehingga bulan September, sebanyak 37 permohonan lengkap telah diterima dan diluluskan dengan jumlah bantuan sebanyak RM186,508.52,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) mengenai status pampasan wajar yang akan diberikan kepada pemilik kebun dan penternak di kawasan Parlimen Gerik yang tanaman dan ternakan mereka dimusnahkan oleh hidupan liar seperti gajah dan harimau.

Menjawab soalan tambahan berhubung dakwaan beberapa peserta RISDA yang dikatakan tidak menerima bantuan kerana telah mendapat bantuan awal penanaman seperti benih dan baja, Johari menegaskan bahawa kementerian sentiasa meneliti permohonan pekebun kecil dan bersedia membantu selagi tanah mempunyai status yang sah.

“Kalau melibatkan binatang liar, kita akan bantu. Tanaman seperti ubi kayu, pisang dan sebagainya turut dipantau Kementerian Pertanian. Tanah yang tiada status saja yang kita tak boleh beri.

“Masyarakat Orang Asli juga diberi perhatian kerana kawasan tanaman mereka sering terdedah kepada gangguan haiwan liar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI