PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya.
Amaran cuaca buruk itu berterusan di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – KOSMO! ONLINE















