fbpx
Allahyarham Syeikh Sanusi.

Ulama tersohor Pendang kembali ke rahmatullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Kedah kehilangan seorang lagi ulama dengan pemergian Syeikh Sanusi Salleh al Kholidi di rumahnya di Kampung Kubang Jelai, Tokai di sini pada pukul 4.25 petang tadi.

Menurut Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, Allahyarham Syeikh Sanusi, 84, berada dalam keadaan nazak sejak beberapa hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya akibat sakit tua di sisi ahli keluarga.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nur Salam, Tokai pada pukul 10 pagi esok. Orang ramai dijemput untuk memberikan penghormatan terakhir.

“Kita amat bersedih dengan pemergian ulama yang banyak berjasa kepada umat Islam di daerah dan negeri ini yang sekian lama menabur bakti walaupun berdepan pelbagai dugaan. Pemergiannya ditangisi oleh semua terutama keluarga dan anak muridnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dilahirkan pada 22 Mac 1941, Allahyarham yang terkenal dengan sikap dermawan dibesarkan dalam persekitaran pondok oleh ibu bapanya pasangan agamawan Kedah yang juga terkenal dalam kerja-kerja dakwah di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI